HOME

Monday, September 3, 2018


PELANCARAN PROGRAM AKU JANJI SPBT 2018


Pada 12 Feb 2018, SPBT Kota Kemuning telah menjalankan pelancaran program 'aku janji' yang diketuai oleh Muhammad Afeq Akmal dari sesi pagi dan juga Muhammad Qiyammullah dari sesi petang. Program ini juga melibatkan pelajar dari tingkatan satu hingga tingkatan lima supaya murid mempunyai sifat bertanggungjawab sebagai peminjam buku teks dan juga menjaga buku teks dengan baik seperti membalut buku, tidak menconteng buku teks dan sebagainya.




WATIKAH PELANTIKAN 2018


Pada 5 Feb 2018, seramai 16 orang skuad spbt di sesi pagi manakala seramai 11 orang skuad spbt di sesi petang yang terlibat dengan majlis watikah pelantikan pada tahun ini. Watikah pelantikan pada tahun ini hanya melibatkan 6 jawatankuasa tertinggi iaitu Pengerusi, Naib Pengerusi, Setiausaha, Penolong Setiausaha, Bendahari, Penolong Bendahari dan ahli - ahli baru spbt.





Badan perkhidmatan yang terlibat adalah Pengawas Sekolah, Pengawas PSS, Pembimbing Rakan Sebaya, Skuad SPBT, Jurujual Koperasi, Skuad Denggi, Rakan Surau, Skuad Pencegah Jenayah, Pemimpin Muda Kokurikulum, Pemimpin Muda Sukan, Quarter Master dan Majlis Ketua Tingkatan SMKKK.